"Saya memang nak berkahwin. Cita-cita saya ketika tingkatan lima dahulu, pada tahun 2020, saya sudah berkahwin dan punyai tiga orang anak. Namun, kita hanya boleh bermimpi dan berangan. Jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan.
"Kenapa pula nak ters1nggung bila orang tanya bila nak kahwin. Mungkin mereka nak berbual sahaja," ujar pelakon dan pengacara Sherry Alhadad dimana dia percaya dengan perancangan Allah mengenai jodoh.
Ini kerana kata Sherry, sebagai manusia, dia hanya mampu merancang dan tidak pernah ters1nggung jika ada yang bertanyakan bila dia akan berkahwin.
Dalam pada itu, Sherry juga tidak menolak kemungkinan ramai lelaki t@kut untuk mendekatinya kerana dirinya seorang selebriti.
"Pada saya, mungkin ramai lelaki yang t@kut nak dekat dengan saya kerana mereka mengatakan saya terlalu dominan dan high maintenance. Padahal saya bukanlah high maintenance pun.
"Saya seorang yang sangat mudah dan tenang sahaja. Mungkin mereka juga nervous melihat saya sebab asyik bergurau sahaja dan entah bila masa nak s£rius. Mungkin mereka ingat sus@h nak menyaingi energy saya.
"Mungkin selepas ini saya akan lebih bersopan santun," kata Sherry dimana dia juga tidak kisah dipertemukan lelaki yang berpendapatan lebih rendah asalkan seorang yang bertanggungjawab.
"Saya okay sahaja. Saya pun tiada ciri-ciri lelaki idaman yang tetap. Kalau lelaki itu boleh dibawa berbual, berbincang dan seorang yang bertanggungjawab, okay sahaja.
"Jika pendapatannya kurang daripada saya, saya terima. Saya ini orang biasa sahaja. Cuma pekerjaan saya sahaja di hadapan tv dan orang melibat macam glamour. Padahal, saya tetap manusia normal macam orang lain," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment