"Saya tengok cermin, saya nampak dua orang lelaki berbadan agak besar. Saya cepat-cepat baca doa pendinding diri dan minta pertolongan daripada Allah. Dalam seminit selepas itu, mereka terus pergi dan saya pun segera tinggalkan tempat berkenaan."
Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, menerusi perkongsian hantaran video di Instagram (IG) miliknya semalam, dimana dia berdepan detik c£mas apabila mendakwa diekori oleh dua lelaki tidak dikenali selepas membeli pisang goreng.
Jelas Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, ketika kejadian, dia bersendirian dan menyedari sebuah kenderaan pacuan empat roda mengekori pergerakannya semasa berjalan menuju ke kereta.
Kongsinya lagi, dia segera masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu, namun kenderaan itu berhenti di belakang kereta miliknya dan menyebabkan dia sangat c£mas, malah insid£n tidak diduga itu membuatkan dia hingga kini masih dalam keadaan p@nik dan menggigil.
"Saya ingin mengingatkan kaum wanita supaya lebih berhati-hati di luar sana. Kita tidak tahu apa yang boleh berlaku, jadi sentiasa berjaga-jaga dan amalkan doa pelindung diri dengan izin Allah.
"Tadi saya hanya mampu berserah kepada Allah kerana bersendirian. Alhamdulillah, saya selamat tetapi saya masih menggigil akib@t p@nik," tutur Nora.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment