"Isu ini bukan baru, setiap tahun perkara sama berulang. Kalau saya tak kongsi, orang kata saya lupa, tapi kalau saya kongsi, mereka tuduh saya menungg@ng.
"Hujung-hujung saya rasa lant@klah... Kalau mereka tak nak tengok, tak payah tengok! Saya berkongsi tentang orang rumah saya, bukan orang rumah mereka. Saya ada hak!"
Itulah ujar pelawak dan usahawan, Shuib dimana dia enggan mempedulikan tuduhan netizen yang mendakwa dia 'tungg@ng' cerita berkenaan arwah isterinya, Siti Sarah.
Kata Shuib, dia sudah lali dengan krit1kan netizen yang menuduhnya 'menungg@ng' nama arwah isterinya untuk meraih simpati kerana isu tersebut bukan baru baginya.
Ulas bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, dia cuba untuk tidak berkongsi berkenaan hari ulang tahun arwah isterinya selepas terasa dengan sikap segelintir netizen.
"Ada satu ketika saya cuba untuk tidak berkongsi, terutama pada hari ulang tahun dan hari kem@tian dia… Hati saya s@kit dan terasa dengan sikap orang seperti ini. Saya rasa saya pula menz@limi diri sendiri kerana terlalu ikut kehendak mereka," tuturnya.
Dalam pada itu, Shuib meluahkan rasa terharu apabila anak keduanya, Talita menyatakan hasrat untuk membersihkan namanya daripada menjadi bahan krit1kan netizen.
Bukan itu sahaja, malah Talita juga berjanji untuk menjadi penyanyi serta tidak akan mengec£wakannya.
"Itu berlaku secara tiba-tiba, saya tak pernah ajar dia cakap seperti itu dan saya juga tak tahu perasaan dia terhadap saya macam mana.
"Sebagai bapa tentu saya sedih tapi bangga kerana dia anak yang ambil berat terhadap saya. Dia juga berjanji untuk menjadi penyanyi sebenar dan tidak akan kec£wakan saya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment