17 January 2025

KURANG SEBULAN BAKAL BERGELAR ISTERI SEMULA - SITI SALEHA AKUI MASIH GEMENTAR NAMUN TERUJA



"Saya okay, tak ada tek@nan pun. Kami pun sudah lama bersama. Segala rasa organik. Pengurus saya pula yang tert£kan. Bulan ini paling sibuk untuk diuruskan. Persiapan sudah mencecah hampir 60 peratus dan barangkali hampir siap.

"Semestinya masih gementar tapi kahwin adalah satu perkara yang baik. Saya tak boleh dan tak adil buat perbandingan (dengan perkahwinan terdahulu), cuma belajar daripada kesil@pan sendirilah. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar dan lembaran baharu. Insya-Allah doakan yang baik-baik."

Itulah jelas pelakon Siti Saleha, 35, dimana dia akui tetap gementar menuju hari bahagia bergelar isteri kepada jejaka kacukan Melayu-Inggeris yang juga seorang pereka fesyen iaitu Joshua Fitton, 38, tidak lama lagi.

Disamping itu, Saleha yang akan berkahwin kurang sebulan lagi ini juga meluahkan rasa syukur apabila urusan perkahwinannya itu berjalan lancar tanpa tek@nan, selain berasa teruja membuka lembaran baharu memegang status isteri semula.

Klik untuk gambar besar

"Perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar dan lembaran baharu. Insya-Allah doakan yang baik-baik," ujar pemenang Bintang Asia Terbaik-Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 itu dimana dia turut memaklumkan, sebanyak dua majlis dibuat serentak di lokasi luar Kuala Lumpur.

"Majlis sebelah saya diadakan secara tertutup. Joshua asal Melaka, satu-satunya anak lelaki yang belum berkahwin. Mak dia paling teruja dan majlis sebelahnya akan besar-besaran di Melaka," katanya.

Dalam pada itu, Saleha yang kini kelihatan cukup berseri dan berat kian susut itu tampil menafikan dia sengaja turunkan berat badan demi majlis bahagianya, sebaliknya kesihatannya diuji tahun lalu menyebabkan beratnya menurun.

"Ia sejenis mas@lah kesihatan tapi pada bahagian kulit wajah, pendek kata, jerawat horm0n. Saya kena potong gula, karbohidrat, kopi dan memang cepat turun (berat badan)," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: