01 January 2025
KONGSI DETIK HIJRAH - ZILA BAKARIN ALAMI KEJADIAN P£LIK SEBELUM N£KAD BERHIJAB
Menerusi satu podcast baru-baru ini, pelakon Zila Bakarin, 49, telah berkongsikan kisah penghijrahannya dimana dia n£kad berhijab iaitu pada Februari 2020.
Dalam perkongsian itu, Zila memberitahu, ketika mahu menjemput anaknya pulang dari sekolah, dia telah berdepan dengan kejadian pelik sehingga mendorongnya untuk berhijrah.
Kongsinya lagi, dia merasakan tubuhnya seolah-olah sedang telanjang sehingga membuatkan dirinya mengigil ketakutan, malah dia turut mendengar bisikan suara yang menyuruhnya memakai selendang pada bahagian kepala.
Berhubung kejadian itu, pelakon ini berkata, ia bukan sahaja menginsafkan diri, malah yakin ia adalah petanda hidayah Allah.
"Pagi saya hantar anak pergi sekolah, saya pakai baju tidur dengan berseluar pendek seperti biasa. Tengah hari saya nak ambil mereka, saya buka almari selalunya akan capai seluar pendek tetapi hari itu saya capai seluar jeans panjang dan sweater tebal.
"Walaupun panas tetapi saya rasa sejuk semacam dan saya terbayangkan diri seperti sedang berbogel. Muka saya terasa kembang. Ia buatkan saya jadi sangat takut sampai terfikir mungkin saya nak mati.
"Saya pergi bilik dan saya nampak ada sehelai selendang. Terasa ada bisikan suruh saya ambil dan pakai selendang itu. Bila saya pakai saja rasa seperti kepala saya disiram air sejuk. Kemudian saya rasal normal balik.
"Saya tertanya apa yang Allah cuba tunjukkan dekat saya sebenarnya. Mungkin petanda saya nak bogel sangatkan? Allah bagi saya rasa bogel itu," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment