Pelakon dan usahawan, Nur Fazura baru-baru ini telah memuat naik satu perkongsian di Instagram sempena tahun baru, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila dia dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berjaya melalui pelbagai kesukaran sejak beberapa bulan lalu.
Kata Fazura dalam hantaran tersebut, Fatima seolah memahami apa yang dilaluinya ketika itu dan anaknya ini juga saksi sisinya yang tidak mahu dilihat.
"Mommy tahu beberapa bulan kebelakangan ini sangat mencabar untuk kita berdua. Mommy ingin kamu tahu bahawa mommy amat bersyukur dan bangga dengan 'hero' yang Allah SWT kurniakan kepada mommy iaitu dalam diri kamu.
"Kamu telah menyaksikan sisi mommy yang tidak pernah ingin dilihat. Fatima juga telah menunjukkan kekuatan dan begitu luar biasa yang meng£jutkan Mommy.
Klik untuk gambar besar
"Andai suatu hari nanti kamu membaca ini, ketahuilah bahawa setiap perkataan adalah ikhlas dan setiap ibu di dunia ini hanya mahu yang terbaik untuk anak mereka.
"Kebahagiaan kamu sangat penting untuk mommy. Terima kasih kerana membenarkan mommy membesarkan kamu dengan penuh kedamaian dan hati mommy tidak lagi hancur berkecai. Mommy mungkin tidak mampu menjelaskan semuanya sekarang tetapi yakin suatu hari nanti kamu akan faham," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment