"Sudah selesai. Bayaran dibuat dan lelongan yang dijadualkan 22 Januari ditarik balik," demikian jelas pengurus Farid Kamil, 43, iaitu Azahari Hamid dimana dia memaklumkan lelongan rumah berkembar dua tingkat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom milik pelakon itu yang sepatutnya berlangsung pada 22 Januari ini ditarik balik.
Kata Azahari, lelongan itu ditarik balik selepas penyewa sudah menyelesaikan baki sewa yang tertungg@k kepada bank, pagi tadi. Azahari bagaimanapun enggan mendedahkan berapakah baki tertungg@k.
Sementara itu, media cuba mendapatkan komen Farid mengenai hasrat penerbit MIG, David Teo yang mahu membeli kediaman berkenaan sekiranya dirinya sedang berdepan kesus@han, namun, Farid hanya menjawab ringkas: "Terima kasih."
Petang semalam, kec0h mengenai rumah teres dua tingkat didakwa milik Farid Kamil dimana ia bakal dilelong pada 22 Januari ini.
Ia berdasarkan iklan lelongan harta di akhbar, nama Farid Kamil Zahari tertera pada ruangan pemegang hak dipercayai milik suami pelakon Diana Danielle itu.
Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
![Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...](http://www.linkwithin.com/pixel.png)
No comments:
Post a Comment