"Pertama sekali saya menafikan sekeras-kerasnya apa-apa unsur sal@h laku dalam perolehan projek itu. Ini adalah satu usaha oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan has@d d£ngki dan dend@m yang tidak bertempat.
"Saya sudah membuat laporan polis bersama pihak berkaitan untuk membolehkan siasatan dijalankan berkenaan perkara ini. Saya difahamkan perkara ini juga sedang disias@t secara dalaman oleh DBKL.
Demikian jelas pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, 54, dimana dia menolak dakwaan terbabit dalam sebarang sal@h laku berkaitan perolehan projek di bawah naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tular di media sosial.
Afdlin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram turut men£gaskan tuduhan itu adalah fitn@h yang sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menc£markan reputasinya.
Dalam masa sama, Afdlin juga menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana ag£nsi penguatkuasaan yang menjalankan sias@tan berkaitan perkara ini.
"Saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Fitn@h dan t0hmahan berniat jah@t ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Saya yakin dan pasti dengan izin Allah, akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan," katanya.
Terdahulu, tular dalam aplikasi telegram Edisi Sias@t yang mendakwa Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara yang terbabit dengan sal@h laku dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL yang dikatakan bernilai lebih RM10 juta.
Pendedahan yang mendapat perhatian ramai itu menimbulkan persoalan besar mengenai ketelusan dan akauntabiliti dalam takbir urus DBKL.
Sehubungan itu, Pemerhati R@suah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Penc£gahan R@suah Malaysia (SPRM) menjalankan sias@tan bebas secara menyeluruh.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment