31 January 2025

AL-FATIHAH - IBU HAZAMI DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada penyanyi Hazami atas pemergian ibunya, Noor Afaza Md Salleh, 81, yang meninggal dunia akib@t jangk1tan paru-paru, pagi tadi.
Berita sedih tersebut dikongsikan pengurus penyanyi lagu 'Sonata Musim Salju' itu, Aszuad Zakaria.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ibu Hazami, Noor Afaza Md Salleh menghembuskan nafas terakhir, hari ini, Jumaat bersamaan 1 Syaaban," kongsinya.

Difahamkan, kesihatan arwah ibu Hazami mula mer0sot dan sering keluar masuk wad, sejak akhir-akhir ini.

Jenazah ibu Hazami dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Karak 2, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: