31 January 2025

TAMPIL DENGAN 'K1LLER SONG' - 'KONSERT MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1' BERJAYA BUAT PENONTON TERHIBUR, MENGIMBAU NOSTALGIA



Konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1, All Killer, No Filler, 3 Dekad 3 Era yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya menarik seramai 2,000 penonton.

Konsert berkonsepkan 'back to the 80's ini dijayakan barisan penyanyi legenda yang sudah bertahan dalam industri muzik tanah air sejak lebih tiga dekad lalu seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda dan Noorshila Amin.

Tidak ketinggalan, penyanyi muda iaitu Amir Masdi dan Andy Flop Poppy turut serta dalam menjayakan konsert terbabit.

Klik untuk gambar besar

Rata-rata peminat yang hadir terhibur kerana rangkaian lagu yang dipersembahkan barisan artis juga malar segar dan 'k1ller song' serta dapat mengimbau nostalgia bersama peminat setia dari dahulu dan kini.

Bukan sahaja penghormatan tiga dekad dan tiga era kegemilangan industri muzik tanah air, konsert itu juga menampilkan gabungan artis legenda dari pelbagai genre termasuk pop, rock, dan balada.
Selaku hos, artis versatil iaitu Joey Daud, 51, berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelagatnya yang mencuit hati dan menceriakan suasana sepanjang konsert anjuran Pentas 365 Events ini berlangsung.

Di akhir konsert, semua barisan artis di pentas membuat persembahan penutup dengan menyampaikan lagu 'Cukup Sekali' dan 'Rindu Bayangan' yang juga 'tribute' buat penyanyi popular era 1970-an yang juga bekas vokalis kumpulan Carefree iaitu Allahyarham Jay Jay, 67.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: