01 January 2025

SATHIA DEDAH TAK BOLEH KELUARKAN AIR MATA BERIKUTAN SATU PERISTIWA DILAKUKAN NENEKNYA



Berikutan satu peristiwa yang dilakukan oleh neneknya ketika kecil, pelawak veteran iaitu Sathia, 60, mendedahkan rahsia dimana dia tidak pernah berasa sedih dan sentiasa gembira dalam hidupnya kerana tidak boleh mengeluarkan air mata.

"Ketika berusia enam tahun saya kerap mengalami sawan. Kemudian nenek saya dari India datang ke sini. Kebetulan waktu itu saya sedang kena sawan.

"Nenek ambil besi, letakkan dalam api hingga panas. Selepas itu dia letakkan ke paha saya sehinggakan saya terkejut. Sawan itu serta-merta hilang, malah tangisan dan pengsan juga sudah tiada.

"Sampai sekarang saya tak boleh menangis atau pengsan. Malah, ketika kematian anggota keluarga pun saya tak boleh menangis.

Klik untuk gambar besar

"Apa nak buat itu cara nenek saya dan keluarga ikut saja sebab nak saya sembuh. Saya okay saja sebab tindakan nenek itu untuk kebaikan saya," kongsi pelawak yang popular dengan watak Ravi menerusi sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.

Dalam perkembangan lain, Sathia yang kini banyak berehat di rumah selepas diserang angin ahmar ringan pada 16 Julai tahun lalu itu bagaimanapun masih ditawarkan berlakon, dimana difahamkan dia hanya berlakon dalam keadaan duduk.

Jelas Sathia, dia juga pernah terjatuh dalam tandas mengakib@tkan bahagian kanan badannya gagal berfungsi dan kini mendapatkan rawatan akupuntur di sebuah pusat rawatan di Ampang, di sini, dengan kos RM60 sekali rawatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: