01 January 2025

"SAYA MAHU BERTEMU KAK NITA SEBELUM TUTUP MATA" - NOOR KUMALASARI AKUI RINDU SELAMA 14 TAHUN TERUBAT SELEPAS LIHAT POTRET TERKINI KAKAKNYA, ANITA SARAWAK



"Alhamdulillah, Kak Nita dan Mahathir sihat. Apa yang penting, kesihatan terjaga dalam usia emas. Sudah lama saya tidak menatap wajah Kak Nita sejak menetap di Las Vegas. Jika dihitung, 14 tahun bukan jangka pendek.
"Melihat potretnya, terubat juga kerinduan saya kepadanya. Kak Nita kelihatan lebih segar, ceria dan sedikit berisi bila bergelar suri rumah tangga. Mahathir juga nampak okay dan sihat.

"Selama hari ini ada peminat dengar cerita tak betul dan anggap Kak Nita s@kit. Namun, berkat orang kata s@kit, Kak Nita lagi sihat. Saya percaya ramai peminat mendoakan Kak Nita.

"Saya juga sebenarnya penat menjawab pertanyaan peminat Kak Nita. Melihat saya, pasti persoalan mengenai Kak Nita diajukan. Sampaikan saya tak tahu nak jawab apa. Jadi, potret inilah jawapannya, Kak Nita masih sihat."

Demikian tutur bintang veteran, Noor Kumalasari, 68, dimana dia menjelaskan, keinginan bertemu dengan kakaknya yang juga penyanyi bertaraf superstar iaitu Anita Sarawak, 72, tidak pernah padam, biarpun lama terpisah sejak kakaknya itu membawa diri dan menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat sejak penghujung 2010.

Umpama air dicincang tidak pernah putus, begitu juga pertalian dar@h adik-beradik dimana kata Noor, ingatannya terhadap kakak yang pernah membesar dan melalui liku hidup bersama itu tidak pernah luput.

Dalam pada itu, Noor berkata, dia tidak mampu menyembunyikan kerinduannya selepas melihat potret Anita bersama suami, Mahathir Abdullah yang dikirimkan kepada adik angkatnya yang juga bekas wartawan hiburan New Straits Times (NST), Shuib Taib.

Klik untuk gambar besar

Selepas lebih sedekad menjadi burvan wartawan dan menyepikan diri, akhirnya potret terkini Anita yang kelihatan masih sihat itu sekali gus meleraikan penantian peminat serta menyangk@l tel@han ramai bahawa penyanyi 'Akhirnya Kini Pasti' dan 'Seksis' itu berg£lut dengan mas@lah kesihatan termasuk dakwaan menghidap kans£r.

Menurut Shuib yang berkongsi foto itu di Facebook, ia diambil sempena ulang tahun kelahiran Mahathir pada 8 Jun tahun lalu.

Akui Noor lagi, dia yang menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-31 itu berhubung dengan Anita kali terakhir pada Syawal, tahun lalu.

"Saya masih menunggu panggilan Kak Nita. Dalam perbualan terakhir, Kak Nita berjanji mahu menghubungi saya. Saya pernah menghubungi Kak Nita, namun gag@l.

"Mungkin Kak Nita sibuk dengan urusan perniagaan dan keluarga," ujar bekas model, penyanyi dan pelakon popular era 1970-an dan 1980-an itu yang turut mengakui, hatinya begitu rindu mahu bertemu kakaknya.

"Kalau ditanya soal rindu, saya teramat rindu. Saya dan Kak Nita membesar bersama. Kalau dulu, sayalah tempat Kak Nita berkongsi suka duk@nya. Kami suka berbual hingga jauh malam, gelak-gelak bersama. Hubungan kami sangat rapat sejak kecil.

"Secara jujurnya, kalau ada kesempatan, saya mahu bertemu Kak Nita sebelum tutup mata. Jika Kak Nita izinkan, saya pasti berusaha cari jalan untuk terbang ke Las Vegas bertemunya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: