08 January 2025

"SATU PERKARA YANG SAYA AKAN SENTIASA RINDUKAN ADALAH 'BAU' KELUARGA ITU" - FARID KAMIL



"Terus terang perhubungan saya dengan isteri dan anak-anak masih sama seperti dulu. Apa yang saya boleh katakan, saya dalam perjalanan untuk memperbaiki diri. Saya akan cuba men£mpuhi mas@lah di depan dengan penuh reda dan persiapan.

"Walaupun dalam keadaan tidak begitu baik, tetapi saya tetap cuba berdoa untuk mendapatkan kebaikan. Saya masih lagi dalam proses untuk berjumpa dengan isteri.

"Kali terakhir jumpa anak tahun lalu, sudah lama tak jumpa. Bukan tak boleh jumpa, tak ada mas@lah dan juga halangan. Tapi, ketika ini saya perlu berjalan seorang diri untuk mendapatkan apa yang dicari.

"Saya dan anak-anak memang selalu berhubung menerusi panggilan telefon, cuma kalau berjumpa, tahun ini masih belum."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata pelakon Farid Kamil yang mengakui, dia sentiasa diselubungi perasaan rindu terhadap ahli keluarganya, malah tidak putus berdoa supaya dia dapat memberikan kebahagiaan buat mereka.

Jelas Farid, situasi masih sama dimana dia dan isterinya, Diana Danielle sudah lama tidak bertentang mata dan bagi mengubati kerinduan terhadap isteri tercinta dan dua permata hatinya iaitu Muhammad dan Nur Aurora, dia memilih untuk memperbanyak istighfar sebagai satu terapi.

"Satu perkara yang saya akan sentiasa rindukan adalah 'bau' keluarga itu. Kenangan bersama anak-anak dan isteri. Mungkin percutian bersama keluarga juga. Itu perkara yang saya rindu. Setiap kali terbit perasaan rindu saya memperbanyak istighfar. Bila istighfar, insya-Allah hati akan rasa tenang dalam apa jua keadaan.
"Pada saya, di dalam situasi sekarang tiada senjata, bahan atau warna yang boleh menyampaikan hasrat saya ketika ini melainkan doa. Saya tidak berhenti berdoa agar suatu hari nanti keluarga saya kembali berbahagia seperti dulu insya-Allah... itu harapan saya," tuturnya.

Sebelum ini, kem£lut rumah tangga pasangan itu kembali menjadi perhatian berikutan Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun rujuk.

Bagaimanapun, Farid dilapor mahu mempertahankan rumah tangga dengan alasan masih menyayangi Diana dan anak-anaknya yang kemudiannya memanjangkan k£s perceraian mereka melalui porsiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: