08 January 2025

LEBIH SELESA TINGGAL DENGAN BAPA - ANAK SULUNG KEC£WA DENGAN ZAHNITA : "HENDAK FIKIR SPM, FIKIR TENTANG DIA (ZAHNITA) LAGI"



"Ibu sudah rancang untuk kami berpindah selepas saya selesai peperiksaan SPM tapi perkara ini tular lebih awal. Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukvl? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukvl dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama.

"Sebagai anak saya memang kec£wa dan tert£kan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat. Dia bagaikan tidak ambil kisah pasal saya sedang duduki SPM. dia lebih fokus tentang diri sendiri."

Ujar anak sulung kepada bekas model dan pelakon Zahnita Wilson iaitu Zahrafeena, 18, menerusi sidang media semalam, dia mendakwa gambar bahagian mata kiri lebam ibunya yang dikongsikan pada Disember lalu adalah foto lama.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Zahrafeena turut berkata, dia lebih selesa dan tenang tinggal bersama bapanya selepas ibunya keluar dari rumah dan berpindah ke tempat lain.

"Rasanya tak perlu libatkan saya dalam mas@lah ini kerana ini isu orang dewasa. Tiada siapa yang paksa. Saya yang nak tinggal dengan ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang).

"Saya boleh saja jumpa ibu sebab rumahnya tidak jauh dari sini. Tapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu mar@h bila berjumpa," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: