"Confirm guys. Nikah dah, resepsi bulan sembilan dekat Kelantan. Untunglah Mek Kelantan ahli perniagaan tu. Kita doakan yang baik-baik guys."
Demikian tulis pelakon Shah Iskandar di Insta Story miliknya, dimana dakwa dia, pelakon Iqram Dinzly sudah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan, selain turut mendakwa majlis resepsi pasangan itu bakal diadakan bulan September depan di Kelantan.
Sementara itu, dalam satu perkongsian di Instagram, Iqram dilihat ada memuat naik gambarnya mengenakan baju melayu serta sebentuk cincin.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Iqram itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pelakon berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan atau pengesahan daripada Iqram sendiri mengenai dakwaan tersebut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment