08 January 2025

SUAMI DEDAH JADI M4NGSA GAN4S, 20 TAHUN BERTAHAN - ZAHNITA NAFI DAKWAAN, JELAS BELAJAR 'MUAY THAI' UNTUK PERTAHANKAN DIRI



"Isu kegan@san ini pernah jadi pertikaian kerana yang menggan@s itu adalah dia (Zahnita). Dulu dia pernah belajar sukan 'Muay Thai' dan cuba untuk Muay Thaikan saya. Sebagai manusia sudah tentu bila ada yang mahu menyerang kita perlu defensif. Bila wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?"

Itulah dakwa suami kepada bekas model dan pelakon Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse, dimana dia membuat pendedahan meng£jutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi m@ngsa kegan@san isterinya itu.

Dakwa Zackery, tuduhan dia memukvl Zahnita tidak benar sebaliknya dia mempertahankan diri daripada perlakuan gan@s isterinya, selain juga mendakwa, sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga, dia terpaksa bertahan dengan sikap isterinya yang setiap tahun minta untuk diceraikan.

Klik untuk gambar besar

Mendedahkan perkara itu dalam sidang media yang diadakan di rumahnya di Kuantan, Pahang petang semalam, lelaki berusia 47 tahun itu mendedahkan perg@duhan mereka pada November tahun lalu terc£tus apabila Zahnita menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.

Dakwa Zachery, rumah tersebut disewa Zahnita untuk menjalankan perniagaan makanan dan apa yang membuatkan dia tidak tidak berpuas hati apabila isterinya itu mula mengab@ikan kebajikan anak-anak sejak memulakan perniagaan.

"Saya dapat tahu dia menyewa rumah lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus mel£nting serta memarahi saya," kata Zachery yang dalam masa sama juga mahu isterinya itu memberi perhatian pada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka menghidap autisme.
Sementara itu, berhubung dakwaan tersebut, Zahnita tampil menafikan tuduhan suaminya yang mendakwa dirinya menjadi m@ngsa kegan@san rumah tangga.

Akui Zahnita, dia belajar sukan muay thai adalah untuk mempertahankan diri serta mengatakan bahawa dia tidak pernah memukvl suaminya seperti yang didakwa.

"Saya menafikan segala tuduhan tersebut, saya tak pernah pukvl dia (suami). Ya, saya memang belajar muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri. Saya akan menghadiri sesi latihan muay thai tidak lama lagi. Ada yang mahu turut serta atau sesi 'one-on-one'?" jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: