20 January 2025

TAK S£RIK UNTUK KAHWIN LAGI - RAF YAAKOB MAHU CARI ISTERI IKUT SEPERTI DALAM AL-QURAN : "YANG LEBIH PENTING IALAH AKHLAK"



"Cer£wet itu bukan maksud saya dia perlu cantik atau sebaliknya. Cuma kali ini seperti dalam Al-Quran kita perlu lihat pada empat perkara. Antaranya kita perlu lihat akhlak, keturunan mahupun hartanya. Tetapi yang lebih penting ialah akhlak."

Itulah kata selebriti dan juga ahli perniagaan, Raf Yaakob dimana jelasnya, dia tidak menolak jodoh andai ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.

Raf bagaimanapun berkata, dia perlu lebih cer£wet dalam mencari pasangan selepas ini seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Disamping itu, Raf turut mengakui, dia ada berkawan namun tidak lebih daripada itu dan setakat ini hatinya belum lagi diisi dengan mana-mana wanita.

Klik untuk gambar besar

"Tetapi saya mengaku, saya ada berkawan. Cuma sekadar berkawan dan tidak lebih. Jika ada pun seperti saya kata saya perlu cer£wet untuk memilih.

"Tak s£rius pun, kalau kali ini saya nak berkawan dan untuk ke peringkat seterusnya memang saya perlu pilih betul-betul," ujarnya.

Untuk makluman, Raf Yaakob pernah mendirikan rumah tangga dengan Mawar Rashid pada 2017, namun berpisah pada 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: