20 January 2025

TERPILIH SEBAGAI HOS AJL39 - SISSY IMAN FAHAM RAMAI TAK PUAS HATI, NAMUN ANGGAP REZEKI BUATNYA & AKAN BUAT YANG TERBAIK



"Datanglah sejuta orang kata saya tidak layak tapi jika Allah sudah berkehendak tetap sayalah orangnya. Saya faham orang berhak memberikan reaksi tapi acaranya belum pun bermula. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik pada malam itu nanti."

Demikian tutur penyanyi dan pengacara Sissy Iman, 30, dimana dia dan Nazrudin Rahman baru-baru ini diumum digandingkan sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 yang akan berlangsung pada 16 Februari depan.

Berhubung pemilihan sebagai hos acara tersebut dimana ia mendapat tentangan ramai yang kurang senang, Sissy berkata, dia menganggap ia sebagai rezeki dari Allah dan dia akan melakukan yang terbaik.

Dalam pada itu, Sissy yang pertama kali bakal mengacarakan anugerah berprestij itu mengakui gemuruh, namun dia melihat dengan kelebihannya sebagai pemuzik dan komposer dapat memberi pembaharuan dalam menyampaikan ilmu kepada penonton.

Klik untuk gambar besar

"Tekanan itu mesti ada dan saya tahu akan gementar juga nanti sebab acara AJL ini adalah anugerah berprestij. Pentas yang cukup besar sudah lama saya impikan.

"Insya-Allah dengan kelebihan sebagai penyanyi dan komposer mungkin saya akan kongsikan info tambahan tentang muzik pada penonton. Ia sekaligus menjadi platform pendidikan muzik, Insya-Allah dengan pengetahuan yang saya ada akan kongsikan kepada semua," ujarnya.

Sementara itu, pengurus projek AJL39 iaitu Russel Mark memaklumkan, pihaknya mahu mencuba perkara baru dengan memilih Sissy dan Nazrudin sebagai hos.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: