10 January 2025

TIDAK TAHU-MENAHU MENGENAI RUMAH BAKAL DILELONG - FARID KAMIL JELAS PENYEWA YANG BAYAR ANSURAN PINJ4MAN SEJAK 2019



"Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan disewakan sejak 2019. Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa mas@lah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong."
Itulah jelas pelakon Farid Kamil dimana dia tidak tahu-menahu mengenai rumah teres dua tingkat miliknya yang dikatakan dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta Ringgit kerana pinjaman rumah dibayar oleh penyewa sejak 2019.

Kata suami kepada pelakon Diana Danielle itu, dia tidak berdepan sebarang mas@lah selama rumah berkenaan disewa, sehingga dimaklumkan mengenai lelongan itu.

Menurutnya lagi, isu rumah beralamat di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom, Selangor itu akan diselesaikan dengan segera oleh penyewa berkenaan.

"Penyewa berjanji akan menyelesaikan mas@lah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala sp£kulasi," kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

Sementara itu, pengurus Farid iaitu Azahari Hamid berkata, rumah berkembar dua tingkat dibeli dengan harga RM300,000 pada tahun 2011 dan disewakan kepada kenalan sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya lagi, kenalan tersebut tidak membayar wang sewa terus ke bank sejak tahun lalu kerana berdepan mas@lah kewangan.

"Sebenarnya saya pun baru tahu mengenai isu lelongan itu tadi selepas dihubungi beberapa wartawan yang meminta kesahihan. Sejak disewakan lima tahun lalu, bayaran bulanan terus dimasukkan penyewa ke bank.

"Sebelum ini tiada mas@lah tetapi individu terbabit tidak berbuat demikian bermula pertengahan tahun lalu. Saya sendiri sudah menghubungi penyewa tersebut dan dia mengakui kesil@pannya menangguhkan bayaran disebabkan mas@lah kewangan," tuturnya

Kata Azahari lagi, rumah tersebut memberi makna buat Farid meskipun tidak lagi tinggal di kediaman berkenaan, selain turut memaklumkan, Farid akan ke bank esok (hari ini) bagi menyelesaikan isu tungg@kan bayaran pinjaman.

"Tadi ketika terima berita ini (lelong), sudah lewat petang, jadi esok pagi sahaja (hari ini) kami akan berjumpa pihak berkaitan. Harapnya hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin," ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah rumah teres dua tingkat yang dikatakan milik pelakon Farid Kamil dimana ia dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta Ringgit.

Perkara lelongan itu menjadi kec0h dan menarik perhatian ramai apabila tersebar iklan mengenainya yang diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: