10 February 2025

AKHIRNYA RAMALAN JADI KENYATAAN - LIZA AZIZ JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KE-11



Pentas akhir program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) telah menutup tirainya apabila menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai juara. Ia sama dengan tekaan kami dalam Video Youtube yang kami siarkan beberapa minggu lalu. KLIK DISINI UNTUK TONTON : LIZA AZIZ - JUARA GV 11

Nampaknya krit1kan penyanyi Man Bai memberi k£san apabila dia sebelum ini mengatakan juri-juri program terbabit p£kak tuli apabila tidak memilih Liza Aziz sebagai juara pada minggu-minggu terdahulu.

Kejuaraan itu telah membuatkan Liza Aziz membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Liza Aziz turut membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan juga Icon Super Lit CelcomDigi.

Dalam persembahan akhir itu, Liza Aziz telah menyampaikan lagu 'I Surrender' (Solo) dan 'Cinta' (duet dengan Krisdayanti) dimana ia telah membuatkan ramai terpegun dan terkesima.
Manakala pusingan battle pula, Liza Aziz menyanyikan lagu 'Angkat' nyanyian asal Mimifly dimana dia menyampaikan lagu berkenaan bersama peserta Ning Baizura, Sheila Abdull dan Zehra Zambri.

Sementara itu, bagi tempat kedua dibolot Ning Baizura yang membawa pulang RM50,000 dan trofi.
Tempat ketiga dan keempat diduduki Sheila Abdull dan Dadali Dyrgar dimana masing-masing membawa pulang RM30,000 dan RM20,000.

Bagi peserta Zehra Zambri dan The Lima pula, mereka berpuas hati mendapat tempat kelima dan keenam yang membawa pulang RM15,000 dan RM10,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: