09 February 2025

"TAHAP KESIHATAN SAYA ALHAMDULILLAH... CUMA PENAT ITU MEMANG SAYA PENATLAH" - ZAMANI



"Alhamdulillah, setakat ini saya akan terima tiga atau empat tawaran menyanyi dalam seminggu. Tawaran yang saya ambil itu bukan 'show' besar saja, tapi ada juga saya terima 'show' biasa sebab yang penting pada saya nak jumpa peminat.
"Bayaran saya pula senang saja, saya melihat pada acara disertai itu. Contoh kalau festival makanan, saya ambil juga tapi harga tak bolehlah letak macam majlis makan malam korpOrat.

"Setakat ini, tahap kesihatan saya Alhamdulillah dalam keadaan yang baik. Cuma penat itu memang saya penatlah. Tapi, mungkin sampai satu tahap nanti, saya kena kurangkan kerja juga.

"Apapun, saya kini boleh berdiri berapa lama pun. Namun, saya tak tahu keadaan saya macam mana sama ada berdiri itu tegak atau bengkok ke? Tapi, rasa lenguh-lenguh (berdiri) tetap ada dan masih boleh diatasi."

Demikian jelas penyanyi Slam, Zamani, 54, dimana dia mengaku kesibukannya memenuhi tawaran persembahan yang tidak putus membuatkan dia berasa bimbang cepat penat, namun pada masa sama enggan menolak rezeki.

Dalam pada itu, Zamani bersyukur dirinya masih sihat, meskipun masih mengambil ubat yang disarankan oleh doktor serta melakukan pemeriksaan berkala mengikut temujanji untuk mas@lah tulang belakangnya, selepas menjalani pemb£dahan pada November 2022 lalu.

Ujar Zamani, kini segala urusan tawaran menyanyi diterimanya diuruskan oleh isteri, Nur Juliana Abdul Rani dan ia memudahkan serta sangat membantunya mengatur jadual kerja.

Sebelum ini, Zamani pernah menghadapi mas@lah tulang belakang melengkung akib@t penyakit skoli0sis yang memerlukan dia menjalani pemb£dahan membetulkannya dua tahun lalu meskipun beris1ko kerana faktor usia.

Penyanyi itu selamat menjalani pemb£dahan tulang belakang selama tujuh jam itu di sebuah pusat perubatan di Cheras, di sini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: