28 February 2025

AL-FATIHAH - ISTERI RIDZUAN RIDZOKUMURA, AKIKO OKUMURA DIJEMPUT ILAHI



"Alfatihah buat arwah isteri saya, Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya Alfatihah 😭."

Demikian tulis usahawan dan pemp£ngaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura menerusi Instagram miliknya, dimana dia memaklumkan berita sedih isterinya iaitu Akiko Okumura telah meninggal dunia pada Jumaat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar khabar duka itu kerana baharu semalam (Khamis) mereka melihat Ridzuan atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, dan Akiko dalam sesi siaran langsung di media sosial.

Dalam pada itu, anak saudara kepada Ridzuan iaitu pelakon Zarina Zainuddin turut mengucapkan takziah atas pemergian isteri usahawan berkenaan.

"İnnalilahiwainnailairojiun.. Akiko Okumura isteri pakcik saya telah meninggal dunia.. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh, amin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, punca kem@tian Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun tidak dijelaskan.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar Ridzuan serta anaknya, Sky Taizo Okumura diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Untuk makluman, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: