07 February 2025

AL-FATIHAH - PELAKON VETERAN, ROSLAN SALEH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, atas pemergiannya yang meninggal dunia pada Jumaat.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

"Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah segala d0sa dan kesal@han dia, muliakanlah kem@tiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Klik untuk gambar besar

"Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," tulis anak kepada Roslan iaitu Farahanis Roslan yang berkongsi berita pemergian bapanya itu menerusi laman sosial.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan yang dijangka selepas solat Jumaat.
Sebelum ini, kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan dilaporkan terj£jas akib@t peny@kit diab£tes kr0nik, kira-kira empat tahun lalu.

Bagaimanapun, kesihatan Roslan tidak banyak berubah sejak terlantar di rumah dan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami mas@lah k£ncing manis dan diab£tes.

Untuk makluman, Roslan yang sudah lebih 30 tahun terbabit dalam dunia lakonan itu pernah membintangi banyak drama dan filem popular antaranya 'Sembilu 2', 'Gerak Khas The Movie 2', 'Munafik 2', 'Anak Perjanjian Sy@itan' dan 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: