06 February 2025

BEEGO MAHU PERTAHANKAN PERKAHWINAN, AKUI MASIH SAYANGKAN LINDA : "SAYA BUKAN MALAIKAT & ISTERI SAYA BUKAN BIDADARI"



"Saya sangat mencintainya dan mahu mempertahankan perkahwinan ini kerana anak-anak. Saya pun sudah meminta maaf kepadanya dan berusaha memujuk supaya membatalkan hasrat bercerai itu. Saya masih sayang dan usaha itu (mahu berbaik) juga dibuat kerana anak-anak kami yang masih kecil dan perlukan perhatian daripada kedua ibu bapa.

"Cuma, setiap pasangan pasti ada kesil@pan masing-masing. Saya tidak mahu komen lanjut kerana saya pun ada sil@p sendiri. Saya bukan malaikat dan isteri saya bukan bidadari."

Itulah kata pelakon Beego, 45, dimana dia akan berjuang mempertahankan perkahwinannya dengan isterinya yang juga pelakon, Linda Hashim, 41, walaupun wanita itu sudah memfailkan perceraian kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, berhubung kenyataan Linda yang meminta pihak media bertanya sendiri punca meminta cerai kepadanya, Beego berkata, dia menganggap itu adalah reaksi spontan isterinya yang masih dalam keadaan mar@h.

"Saya masih memberi ruang untuk dia (Linda) mencari ketenangan, tapi tak sangka Linda membawanya ke mahkamah dan mahu melanjutkan proses perceraian. Kalau ikutkan hukvm, saya yang sepatutnya keluar rumah. Tapi, saya sendiri yang membenarkan dia keluar bersama anak-anak demi untuknyan mendapatkan ketenangan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Menurutnya lagi, dia tahu niat Linda untuk bercerai, namun tidak menyangka tarikh sebutan pertama k£s berlangsung pada hari ini kerana tidak mendapat sebarang n0tis.

Tambah Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, dia tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap isteri dan anak-anak disebabkan kesibukan bekerja, selain menafikan kewangan adalah punca ker£takan rumah tangga itu.

Sementara itu, Linda mengakui, dia malu hadir ke mahkamah hari ini bagi menyelesaikan sebutan pertama k£s perceraian yang difailkan terhadap suaminya itu, serta berkata, dia sudah berusaha sedaya-upaya menyelamatkan perkahwinannya, namun reda apabila jodoh mereka hanya sampai di sini saja.

"Saya agak malu sebenarnya untuk berdiri di sini. Malu dengan rakan-rakan media, ahli keluarga, saudara mara dan anak-anak. Tapi, tiada siapa mahukan perkara ini (cerai) berlaku.

"Namun, ini dugaan saya dan Beego. Pertemuan dan perpisahan itu sudah ditentukan. Saya juga dah usaha dengan cara sendiri (selamatkan rumah tangga), tapi mungkin ini jalan terbaik buat kami. Dia (Beego) pun tahu perasaan saya. Dia kena menghormati apa yang saya rasa selama ini.
"Sekiranya saya memilih untuk tidak bercerai, saya t@kut akan jadi tidak ikhlas dalam perhubungan. Perkara itu tidak baik, sebab kami berdua perlu ikhlas. Dia (Beego) pun tahu apa yang dia sudah buat," kata Linda dimana dia kelihatan sugul ketika di mahkamah.

Disamping itu, Linda memaklumkan, anak sulungnya iaitu Jelita Clarissa, 11, sudah mengetahui dan memahami k£s perceraian membabitkan ibu bapanya sejak kali pertama berlaku pada 2023 lalu.

"Anak-anak tahu, terutama anak yang sulung (Jelita Clarissa). Memang dia tahu daripada masa saya bercerai yang pertama itu, dia dah faham. Dia dah tahu dan dia pun beri semangat kepada saya dan berikan kekuatan juga," jelasnya yang juga memberitahu, dia sudah hampir empat bulan tidak tinggal sebumbung dengan Beego.

Ditanya mengenai penjagaan anak-anak pula, Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, berkata, buat masa ini semua anak di bawah jagaannya dan tidak menghalang Beego untuk berjumpa dengan mereka.

"Peluang untuk dia jumpa anak-anak, tetap ada. Dia jumpa saya pun ada juga. Saya tiada halangan. Memang anak-anak dengan saya hari-hari. Bila dia datang nak jumpa anak, saya tak pernah halang pun," katanya yang turut mengakui suaminya ada cuba untuk memujuknya semula.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: