06 February 2025

"ABAH SANGAT RINDU (UMAR & HUMAIRAH)" - HAFIDZ ROSHDI NEKAD FAILKAN TUNTUTAN, BERI AM4RAN KEPADA ORANG LUAR HORMATINYA SEBAGAI BAPA KANDUNG



"Saya ingin memberi am@ran kepada sesiapa yang mengatakan Umar dan Humairah tidak perlu 'berbinkan' dan 'berbintikan' saya. Walau apa pun yang terjadi, mereka tetap dar@h daging saya, dan saya masih bapa mereka. Saya juga yang memberikan nafkah kepada anak-anak.

"Saya berusaha untuk bertemu dan tidak pernah melupakan mereka. Saya benar-berusaha untuk berjumpa dengan mereka. Saya sudah banyak kali cuba hubungi, tapi tak dapat. Bila dia (bekas isteri) pergi ke Australia, lagilah tak dapat hubungi.

"Kali terakhir saya berjaya hubungi anak-anak pun sekitar Oktober tahun lalu. Malah, saya tak berpeluang untuk anak-anak mengucapkan hari jadi kepada saya pada November tahun lalu."

Demikian ujar pelakon Hafidz Roshdi dimana dia memberi am@ran kepada orang luar supaya menghormati kedudukannya sebagai bapa kandung kepada dua anaknya, Humairah, 8, dan Umar, 5, selepas wujud pihak yang meminta supaya mereka tidak menggunakan bin dan binti namanya.

Dakwa Hafidz lagi, dia juga tidak tahu mengenai dua anaknya yang kini dibawa menetap di Australia oleh bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, malah sudah lama tidak dapat dihubungi.

Disamping itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, turut mengakui, dia sangat merindui dua anak-anaknya selepas lebih setahun tidak dapat bertemu dengan mereka.

"Kalau ikutkan sudah lebih setahun saya tidak bertemu anak-anak. Saya tak tahu keadaan mereka sekarang ini. Maklumat terbaru yang saya dapat tahu, mereka dibawa ibunya ke Australia tanpa pengetahuan dan izin saya.

Klik untuk gambar besar

"Namun, kepada Umar dan Humairah, abah nak beritahu yang abah sangat rindu dan sayangkan kalian berdua. Abah harap kita dapat jumpa satu hari nanti Insya-Allah.

"Kali terakhir kami berhubung pun melalui panggilan video sebelum mereka berpindah ke Australia," katanya ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini, selepas prosiding tuntutan hak penjagaan anak penuh dan interim terhadap dua anaknya.

Dalam pada itu, Hafidz yang berkahwin dengan Shuhada pada 30 April 2016, sebelum bercerai pada 27 Julai 2023, memaklumkan dia masih tidak culas membayar nafkah untuk kedua anaknya walaupun sudah lama tidak bertemu.

"Saya tetap bagi (nafkah) daripada tarikh dituntut hingga ke hari ini. Kepada Umar dan Humairah, abah nak beritahu kalian tidak perlu risau mengenai pembayaran nafkah kerana abah akan uruskan kerana itu adalah tanggungjawab abah," jelasnya.

Sementara itu, Hafidz yang nekad memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap dua anaknya, Humairah, 8, dan Umar, 5, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, berkata, dia mengambil langkah itu selepas lebih setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya.

"Saya sudah failkan afidavit tambahan untuk hak penjagaan dan juga hak melawat anak saya. Saya harap dengan pemfailan ini saya dapat jumpa dengan anak saya di masa akan datang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: