06 February 2025

K£S CERAI TANGGUH 6 MAC DEPAN - BEEGO AKUI TAK TAHU KENA PERGI MAHKAMAH SEBAB TAK DAPAT N0TIS



Susulan pelakon Beego, 45, tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini, sebutan pertama k£s perceraian bersama isterinya yang juga pelakon, Linda Hashim, 41, ditangguhkan pada 6 Mac depan.

Peguam yang mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin, berkata, penangguhan itu berikutan pihak mahkamah tidak dapat menyerahkan n0tis tuntutan kehadiran kepada Beego kerana dokumen tidak sempurna.

"Sebelum ini, kami sudah dimaklumkan serahan (n0tis) sudah dibuat oleh pihak mahkamah kepada defendan (Beego), tetapi tidak sempurna (maka tidak berjaya).

"Bagaimanapun, anak guam saya (Linda) selaku plaintif sudah mengemukakan tuntutan cerai pada 17 Januari lalu dan hari ini, sepatutnya sebutan pertama kes.

"Tapi, k£s pada hari ini ditangguhkan kepada sebutan kedua, pada 6 Mac depan," jelasnya yang turut menambah, bagi sebutan akan datang nanti, mahkamah sudah menyerahkan tanggungjawab menghantar n0tis untuk defendan (Beego) oleh pihak guamannya yang mewakili Linda.

"Seharusnya penyerahan dokumen itu dibuat oleh mahkamah, tetapi disebabkan penyerahan pertama tidak sempurna hingga menyebabkan defendan tidak dapat hadir.

"Jadi, satu arahan kepada peguam plaintif iaitu saya diberi tanggungjawab untuk membuat serahan n0tis ini secara kendiri kepada Beego," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Linda yang berlapang dada dengan penangguhan sebutan k£s cerai itu berharap, urusannya selepas ini akan lancar.

"Kita cuma merancang walaupun tidak dapat seperti diharapkan. Saya harap proses berjalan dengan baik dan dapat segera selesai," tuturnya.

Sementara itu, Beego menerusi hantaran dibuat di Instagram memaklumkan, dia tidak tahu-menahu mengenai prosiding sebutan pertama k£s perceraian bersama isteri di mahkamah, hari ini, selepas tidak menerima sebarang n0tis daripada peguam Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin.

"Terk£jut pagi ini mendengar kenyataan isteri yang saya dimaklum tentang k£s mahkamah. Tidak ada pemberitahuan dan n0tis dari pihak guaman Nurul. Ada mana-mana peguam yang boleh mewakili saya? Allahuakbar," tulisnya di Instagram.

Disamping itu, Linda yang hadir berseorangan ke mahkamah untuk mengikuti sebutan k£s pertama perceraiannya, berkata, dia kurang pasti mengenai ketidakhadiran Beego, namun percaya suaminya itu tahu berkenaan sebutan pertama k£s perceraian mereka.

Linda yang memfailkan perceraian di mahkamah berkenaan pada awal Januari lalu, turut memaklumkan, n0tis sudah dihantar kepada Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: