06 February 2025

ZAMARUL HISHAM ALAMI S£SAK NAFAS, KINI DI ICU - DIANA RAFAR MOHON DOAKAN SUAMINYA



"Suami sukar bernafas ketika penggambaran dan pihak pr0duksi hubungi saya beritahu suami s@kit, lemah dan sus@h bernafas. Secara kebetulan, saya ikut sekali suami menjalani penggambaran dan bercuti sekali di sini bersama anak-anak.

"Saya dan anak-anak ketika itu berada di hotel berhampiran lokasi penggambaran dan terus bergegas ke sana sebaik dihubungi penerbit, Haji Zeel yang meminta saya datang segera.

"Ketika saya sampai saya tengok abang (Zamarul) sedang diurut beberapa kru, manakala keadaannya juga nampak lemah sambil terbaring yang membuatkan kami semua p@nik. Sal@h seorang kru menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

"Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang peny@kit, malah mengamalkan gaya hidup sihat. Kami cuma tunggu makluman doktor sekejap lagi. Doakan semoga abang sihat semula.

"Mungkin sebab dia terlalu penat bekerja. Syukur saya dan anak-anak turut serta ke Port Dickson menemani abang sejak tiga hari lalu, jadi dapat segera ke hospital tengah malam tadi."

Itulah kata pelakon Diana Rafar dimana dia memaklumkan, suaminya yang juga pelakon, Zamarul Hisham kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun kondisi peny@kit belum dikongsikan doktor.

Zamarul dimasukkan ke ICU di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, pada pukul 2 pagi tadi selepas mengalami s£sak nafas secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran sebuah drama

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan terkini Zamarul, Diana menjelaskan, buat masa ini, suaminya itu masih dirawat di ICU sejak semalam.

Kongsinya lagi, Zamarul sedar tetapi perlu berada di ICU lagi bagi pemantauan dan dijangka ditempatkan di hospital terbabit selama lima hari.

"Dia tidak memakai alat bantuan pernafasan dan boleh bernafas macam biasa. Doktor masih merawatnya untuk mengetahui punca dia sukar bernafas dan mengesan peny@kitnya itu," tuturnya.

Ujar Diana, sepatutnya malam tadi merupakan hari terakhir penggambaran drama yang menyaksikan gandingan Zamarul dan Elly Mazlein.

Terdahulu, Diana berkongsi beberapa video di Insta Story berkenaan suaminya yang mengalami s£sak nafas di lokasi penggambaran, sebelum dibantu beberapa kru yang terlibat sementara menunggu ambulans tiba.

Dalam hantaran lain, Diana turut memohon doa daripada pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan suaminya itu : "Moga doa kalian semua tiada apa yang s£rius kepada abang Zamarul Hisham Mohamed."

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: