Umum sedia maklum mengenai keadaan anak kepada pelakon Amyza Aznan, 50, iaitu Andre Mikhail, 18, dimana dia disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga, baru-baru ini.
Bagi membantu membiayai kos pemb£dahan serta mengurangkan b£ban yang ditanggung Amyza dan keluarganya ketika ini, pelakon dan pengacara senior iaitu Didie Alias, 53, merancang untuk membuat kutipan dan perkara itu sudah berbincang dengan pelakon Elly Suriaty.
"Amyza ada hubungi saya beritahu keadaan Andre yang sudah disahkan doktor pakar menghidap kanser paru-paru tahap tiga dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta perlu menjalani pemb£dahan.
"Pada masa sama, Elly yang turut melawat Andre di hospital sebelum ini ada menghantar 'Direct Message' (DM) pada saya untuk menguar-uarkan kutipan itu bersama rakan artis dan kawan-kawan rapat untuk membantu Amyza. Kutipan itu akan disalurkan terus ke akaun milik Andre.
"Justeru, pada rakan artis dan kawan rapat yang berhasrat untuk membantu dari segi kewangan boleh berhubung secara terus dengan saya dan Elly dengan segera," maklumnya.
Dalam pada itu, Didie turut meminta netizen berhenti melontarkan kec@man pada sahabatnya itu selepas diminta mengulas kec@man netizen yang mendakwa Amyza tetap keluar bekerja ketika anak sulungnya s@kit dan dirawat di hospital.
Terdahulu, Amyza memohon doa dari pengikutnya agar anak sulungnya, Andre yang disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga diberikan kesihatan baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment