Takziah diucapkan kepada penyanyi Shukri Zainal atau Azam Smile atas pemergiannya petang semalam selepas ditemui meninggal dunia di rumahnya.
Pengurusnya, Vina berkata, dia bergegas ke rumah Shukri atau nama sebenarnya, Mohamad Azam Zainal Abidin, 38, apabila panggilannya tidak berjawab.
"Dia ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan meniarap diatas katil di rumahnya. Hidung dan tangannya dah biru dan berada dalam keadaan sejuk. Terdapat bantal di dada dan di depannya ada komputer riba.
Klik untuk gambar besar
"Jam 6.50 petang, saya hubungi dia untuk ambil pergi makan malam tapi tak berjawab. Dia tinggal seorang diri di satu kawasan kediaman di Shah Alam. Saya risau dan bergegas ke rumahnya. Setiba di sana saya tekan loceng dan ketuk pintu tak berjawab.
"Saya hubungi beberapa rakannya yang tinggal berdekatan antaranya Zam Handy Black untuk minta bantuan. Mereka dapati pintu berkunci dari dalam dan mereka umpil pintu hingga hampir nak p£cah.
"Saya hubungi ambulans, unit peronda dan petugas kesihatan. Mereka tiba dan kemudian sahkan dia dah tiada," jelasnya yang turut berkongsi, sewaktu dijumpai, mereka mendapati makanan yang dipesan langsung tidak terusik.
"Dia tak pernah ada s@kit. Awalnya kami sangka kem@tiannya akib@t s£rangan jantung. Namun selepas pr0ses b£dah sias@t di Hospital Klang, doktor kata pembuluh dar@h p£cah dan str£ss kerana kurang tidur. Dia memang banyak kerja sebab dia jadi 'content creator' dan kerjanya sangat padat," katanya.
Allahyarham Shukri yang sebelum ini menggunakan nama Azam Smile pernah menghasilkan beberapa single antaranya 'Sudahlah Sayang' dan 'Atas Cintamu'.
Arwah juga baru selesai merakamkan lagu Hari Raya berjudul 'Gedebak Gedebuk Raya' bersama syarikat Javs Team dan baru menyiapkan muzik video lagu terbabit.
Jenazah Shukri dibawa ke Kampung halamannya di Batang Rokan, Gemencheh dan dikebumikan petang semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment