"Sudah tentu, tiada mas@lah (untuk beri kerjasama dengan pihak SPRM bagi membantu sias@tan). Cuma, setakat ini belum ada sebarang panggilan lagi.
"Apapun, tugas saya hanya sebagai duta saja dengan syarikat perunding kewangan terbabit yang bertanggungjawab menjalankan tugas membuat prom0si di media sosial, itu saja. Manakala, untuk perkara lain saya tidak terbabit.
Malah, selama menjadi duta, saya 'happy' melakukannya kerana tidak pernah ada mas@lah. Tapi, saya terk£jut dengan adanya isu ini. Saya sudah diberitahu oleh pengasas syarikat perunding kewangan itu terhadap isu berlaku.
"Jadi, saya tiada mas@lah diminta membantu sias@tan. Apatah lagi, saya diminta jangan bimbang mengenainya kerana saya hanya menjalankan tugas sebagai duta yang dilantik."
Itulah jelas pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 71, dimana katanya, dia sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Penc£gahan R@suah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil bagi membantu sias@tan membabitkan isu syarikat perunding kewangan yang mengikatnya sebagai duta.
Menurut Jalaluddin, dia yang mengikat k0ntrak selama setahun bersama syarikat perunding kewangan sebagai duta itu sehingga kini masih belum menerima apa-apa panggilan daripada pihak SPRM berhubung k£s itu untuk membantu sias@tan.
Disamping itu, Jalaluddin yang sebelum ini disebut-sebut antara selebriti yang bakal dipanggil oleh SPRM bagi membantu sias@tan dalam operasi Ops Sky, turut menafikan dakwaan kononnya beliau menerima bayaran sehingga RM400,000 sebagai duta.
"Alangkah bertuahnya jika saya dapat wang sebanyak itu. Saya tidak mahu cerita, apapun menafikan perkara itu. Biarlah pihak berkuasa menyias@t. Saya lihat reaksi pihak mereka tenang sahaja. Saya harap semuanya dapat dijernihkan," ujarnya.
Difahamkan, ia adalah usaha SPRM menump@skan kegiatan r@suah dan pengub@han wang har@m membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank.
Sebelum ini, Jalaluddin dipilih menjadi sal@h seorang duta sebuah syarikat perunding kewangan bersama dua lagi duta lain iaitu angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan penyanyi, Ziana Zain.
Sementara itu, Ziana pula enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya berkenaan dakwaan beberapa selebriti termasuk artis lagenda dan ikon inspirasi kini dalam sias@tan SPRM.
Ia berikutan pembabitan mereka dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang bersek0ngkol dengan pegawai bank tempatan bagi memperdayakan ramai peminjam bank, termasuk ribuan penjawat awam melalui pinjaman bertindih.
"Itu Datuk Jalal, ini kak Gee no (tiada) komen sayang. Kak Gee menyanyi saja sayang," tutur Ziana yang berkata, dia hanya memberi tumpuan pada karier ketika diasak lagi mengenai isu Jalaluddin yang sudah memberikan kenyataan.
Terdahulu, SPRM mendapati beberapa artis terbabit dikaitkan dengan kegiatan syarikat perunding kewangan berkenaan berikutan penah@nan 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Penc£gahan Pengub@han Wang Har@m (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini.
Syarikat perunding kewangan yang ditump1skan SPRM disyaki turut menaja konsert dan gubahan lagu. Malah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata, beberapa selebriti dan artis berkenaan akan dipanggil minggu depan.
Mereka yang menjadi duta menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat perunding kewangan ini. Selebriti dan artis terbabit juga didakwa mendapat sejumlah wang itu bagi wajah mereka digunakan syarikat terkait.
SPRM mendedahkan RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terj£rat dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman diluluskan bank-bank pada satu masa.
Dalam operasi itu, 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM. Siasatan juga mendapati syarikat terbabit turut aktif menaja program hiburan membabitkan selebriti dalam usaha menarik 'pelanggan' mereka.
SPRM juga mendapati sindiket turut melabur sejumlah wang yang banyak untuk penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment