03 February 2025

RONNIE HUSSEIN GAG4L LAYAK KE PENTAS AKHIR GV11 - HANYA 6 PESERTA BEREBUT GELARAN JUARA



Nampaknya hasrat Ronnie Hussein melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) tidak kesampaian apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu separuh akhir.

Hanya enam peserta yang layak bertanding ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara iaitu Dadali Dyrga, Ning Baizura, Zehra Zambri, The Lima, Liza Aziz dan Sheila Abdul.

Sementara itu, peserta dari Indonesia, Dadali Dyrga buat pertama kali mendapat kedudukan pertama bagi minggu separuh akhir, sekaligus membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000.

Klik untuk gambar besar

Pada konsert minggu akhir, pasangan duet kali ini nampaknya bukan yang calang-calang apabila semuanya mempunyai nama besar dalam industri seni.

Antaranya Jamal Abdillah (duet dengan Dadali Dyrga), Pasha Ungu (Ning Baizura), Jaclyn Victor (Zehra Zambri), Dolla (The Lima), Krisdayanti (Liza Aziz) dan Taufik Batisah (Sheila Abdull).

Anda rasa siapa yang layak bergelar juara pada musim kali ini?

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: