"Saya perlu jaga kisah sebenar Yassin dan kebenarannya. Sebabnya, dia salah satu sumber rezeki. Jujurnya, rezeki kami melimpah ruah ketika Yassin ada.
"Yassin rajin mencari 'show'. Saya pula hanya tahu balik Ipoh, Perak dan tidur. Cukup masa, Yassin akan hubungi beritahu ada show dan saya sertai sahaja.
"Yassin dan Azlee banyak dapatkan undangan persembahan. Kalau Azlee dan Yassin tiada, mungkin Senario pun tiada kerja sebab anggota lain semuanya pemalu."
Itulah kata Wahid Senario dimana dia mengakui Yassin Yahya menjadi sumber rezeki, jadi ketiadaannya memberi k£san serta imp@k besar buat dirinya dan lima anggota lain.
Dalam pada itu, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Mohamad, meluahkan rasa terkilan tidak dapat menghantar Yassin ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah bersama Azlee pada Oktober tahun lalu.
"Kalau tengok TikT0k dan Instagram, saya ada muat naik video berlatarkan lagu Kawan. Ada gambar Yassin peluk saya dari belakang, itulah momen terakhir kami bersama.
"Saya memang terasa tak hantar Yassin. Saya memang tak malu mengatakan, Yassin sumber rezeki saya. Bila tiada, saya macam hilang sesuatu," tuturnya.
Disamping itu, mengulas mengenai kesihatan Yassin, Wahid berkata, dia tidak boleh memberikan jawapan kerana tidak dapat menghubunginya.
"Buat masa ini, kami tak pasti Yassin sihat atau tidak. Kami tidak berhubung dengannya," ujar Wahid yang dalam masa sama turut menasihatkan netizen agar tidak berfikiran bukan-bukan mengenai Yassin, sebaliknya doakan yang baik-baik.
Sebelum ini, media melaporkan, seorang pelawak ditah@n di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dad@h jenis g@nja, namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukvman penj@ra selama enam bulan di negara itu. Hukvman berkenaan dij@tuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.
Selain itu, sumber juga melaporkan, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment