02 February 2025

SELAMAT BERTUNANG - WANNA ALI PILIH ANAK BEKAS KETUA POLIS SEBAGAI BAKAL SUAMI



"Alhamdulillah, semakin hampir 💍 Dua hati, satu janji, seumur hidup bersama 🤍 Doakan kami 🥹"

Demikian tulis anak kepada penerbit Ayu Puteh iaitu pelakon Wanna Ali dimana dia dikhabarkan selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihannya dikenali Khairil Amri pada 9 November tahun lalu.

Wanna berkongsi berita gembira itu di media sosial miliknya hari ini dengan memuat naik foto sekitar pertunangannya dan ucapan penuh romantis.

Menerusi foto yang dikongsikan, Wanna kelihatan anggun mengenakan baju kurung bewarna biru cair, malah turut berkongsi wajah bakal suaminya yang merupakan anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Wanna ketika ditanya mengenai majlis pernikahannya yang dilaporkan bakal berlangsung dalam waktu terdekat, bagaimanapun enggan berkongsi butiran lanjut.

"Kami sebenarnya sudah mengadakan majlis pertunangan pada 9 November tahun lalu, namun hanya berkongsi berita ini hari ini.
"Alhamdulillah, selepas berdoa di Makkah agar ditemukan dengan jodoh yang tepat, akhirnya saya dipertemukan dengan insan bernama Khairil Amri.

"Mengenai tarikh pernikahan, saya akan maklumkan nanti," jelasnya yang turut berkongsi mengenai detik perkenalan dengan Khairil, dimana mereka mula berkenalan sejak tahun lalu.
"Dia mula menyedari kehadiran saya selepas kawan saya memuat naik foto saya di akaun media sosialnya. Ketika itu, dia meminta kawan saya untuk mengajak saya keluar makan. Saya beberapa kali menolak ajakannya, namun akhirnya saya bersetuju.

"Selepas beberapa bulan berkenalan, kami menyedari kami mempunyai persamaan yang sama, iaitu sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Saya juga pernah memberitahunya sebelum ini, jika perkenalan ini hanya sekadar suka-suka, saya tidak mahu membuang masa. Namun, dia menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk berkahwin," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: