"Bila jejak kaki ke Tanah Suci inilah antara doa yang panjatkan. Moga Allah permudahkan usaha saya dan isteri untuk mendapatkan zuriat.
"Bukan tak boleh berdoa di sini, tapi ada tempat mustajab di Tanah Suci yang boleh berdoa. Saya harap dapat anak kembar, sebab umur saya sudah 40 tahun.
"Kalau Allah berikan saya kembar lima pun saya terima, Alhamdulillah. Saya tak t@kut dengan ekonomi dan masa, tetapi saya jalan sahaja dengan apa yang Allah kurniakan."
Itulah ujar pelawak Mamat Sepah dimana dia mahu berdoa dikurniakan cahaya mata apabila menjejak kaki ke Tanah Suci bersama sahabatnya, Shuib pada Aidilfitri ketiga nanti.
Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, juga mengharapkan dikurniakan cahaya mata kembar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nordiana Ibrahim.
"Dari hari pertama berkahwin, saya sudah bersedia bergelar bapa, tapi ketika itu, kita berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya bernikah seminggu sebelum PKP.
"Saya terima dengan reda sebab saya sedar kami tak mempunyai banyak masa bersama berikutan kesibukan kerja. Kadang kala balik malam dan pagi. Saya reda kerana tak mahu kacau ment@l isteri.
"Namun, saya kena fikir p0sitif bila sudah masuk usia perkahwinan lima tahun. Allah nak beri kami masa untuk 'dating' lebih lama. Mungkin inilah peluang bersama sebab mungkin tiada masa bergembira bila sudah ada anak.
"Isteri faham perkara ini, tapi macam manapun tetap mahukan anak, lebih lagi lihat ahli keluarga lain sudah ada cahaya mata. Jadi, saya katakan 2025 adalah tahun terbaik untuk dapatkan anak," kata Mamat yang berkahwin dengan Nordiana pada Mac 2020 selepas mengikat tali pertunangan pada 2018.
Sementara itu, Mamat berkata, dia juga mahu mendoakan agar kesulitan dilalui Shuib atau Shahmira Muhammad dipermudahkan.
"Selain doa zuriat, saya juga mahu berdoa kehidupan saya dan Shuib berjalan lancar. Banyak sangat dug@an dilalui Shuib ketika ini. Dia pernah cakap kalau boleh nak tidur tak mahu bangun sebab berhutang puluhan juta. Dia hanya budak kampung yang tiada apa-apa dan tak sangka boleh berhutang sebanyak ini," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment