Pada jam 9.45 malam semalam, komposer lagu 'Diari Hatimu' nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Ferdy Khalid NS, 74, dilaporkan telah meninggal dunia di kediaman anaknya, di Taman Eco Flora, Johor Bahru.
Anak sulungnya, Mohd Fauzi, berkata, arwah ayahnya yang menghidap kans£r pr0stat itu menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di rumah adiknya dari hospital.
"Ambulans menghantarnya ke rumah adik dan semasa nak menurunkannya, ayah langsung tidak menunjukkan maklum balas. Kakitangan perubatan ambulans kemudian mengesahkan ayah sudah meninggal dunia," jelasnya.
Sementara itu, anak kelimanya, Mohd Faizal memaklumkan, arwah ayahnya sudah lama terlantar di rumah akib@t kans£r pr0stat tahap empat.
"Pagi tadi (Sabtu) selepas subuh, keadaan nafas ayah tak stabil. Jadi sekitar jam 9 atau 10 pagi, kami membawanya ke Hospital Sultanah Aminah.
"Ayah ditah@n di Zon Merah sehingga Maghrib dan selepas itu doktor unit kec£masan menasihatkan ayah dibawa balik ke rumah sebab tiada rawatan lain boleh dilakukan kerana kans£r dah mer£bak ke semua organ.
"Doktor nasihatkan agar bawa balik rumah supaya adik beradik dan saudara serta sahabat boleh melawat," tuturnya yang memberitahu, mereka mempunyai lapan adik beradik.
Katanya lagi, jenazah dimandi, dikafankan serta solat jenazah diadakan di Surau JP Perdana pagi tadi. Kemudiannya, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Danga pada jam 10 pagi.
Terdahulu, pada 10 Januari 2022 melaporkan Allahyarham Khalid atau nama sebenarnya, Jahi Hashim dirawat di hospital akib@t kans£r pr0stat dan tulang.
Semasa Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP) pada 2021, arwah Khalid pernah dis£rang s@kit jantung dan terpaksa dipasang dua 'spring' di bahagian jantungnya.
Nama Khalid mula menyerlah apabila lagu 'Diari Hatimu' yang berentak balada dimuatkan dalam album Adiwarna Siti Nurhaliza pada 1998, berjaya menjadi single kedua dan mel£tup di kalangan pendengar.
Arwah Khalid juga mempunyai produksi rakaman menerusi label Irama Perindu yang banyak mengendalikan karier artis-artis dari Johor.
Selain aktif dalam perniagaan muzik, arwah Khalid turut membuka kedai urutan kesihatan dan butik pakaian. Bagaimanapun, penularan pand£mik C0V1D turut memberi k£san terhadap perniagaannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment