Baru-baru ini, pelawak dan usahawan, Shuib telah menerima kec@man, malah dia juga dikatakan mencari jalan mudah menggunakan anak keduanya, Thalita untuk mencari wang bagi membayar hut@ngnya yang banyak.
Berhubung itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 40, berkata, dia tidak kisah jika ada netizen mahu pakai istilah 'mempergunakan', namun baginya dia lebih suka istilah memanfaatkan bakat Thalita.
"Saya tak suka pakai istilah 'mempergunakan', sebaliknya istilah memanfaatkan bakat Thalita lebih tepat. Saya tak nak gunakan istilah itu. Tapi kalau orang nak gunakan begitu terpulang. Sebabnya ibu bapa mana pun, kalau sekiranya anak boleh bawa rezeki, kenapa tidak untuk bantu kita, untuk bantu keluarga?
"Lagipun selama ini kita bagi penuh kasih sayang kepada anak. Apa keperluan semua kita bagi dan sediakan. Mungkin bila bapanya tengah susah, keluarganya tengah susah, kalau dia boleh jadi orang yang bantu keluarga walaupun dalam jumlah yang kecil kenapa tidak?
"Saya memanfaatkan peluang yang ada. Tapi pada masa yang sama kita kena ada perancangan juga untuk anak," katanya yang menjelaskan, ia menjadi tanggungjawabnya mencorak kerjaya Thalita yang kini sudah bergelar penyanyi.
"Kalau dia nak jadi penyanyi, penyanyi yang macam mana. Saya pun dah lama dalam industri. Arwah emaknya lagi lama dalam bidang seni. Jadi kita dah tahu budayanya macam mana, ada perancangan yang saya kena buat untuk dia, persiapan yang kena ada, jadi itu tanggungjawab saya sebagai bapa.
"Dalam masa sama, mungkin kita dah lalu proses-proses itu, di situlah datangnya rezeki. Dulu arwah Sarah pun jadi punca pendapatan keluarga," ujarnya Shuib yang menyifatkan arwah isterinya itu adalah penc£tus kepada rezeki keluarganya ketika itu.
"Thalita ini kebetulan dengan emaknya iaitu anak kedua. Jadi kiranya anak kedua ini macam begitulah, jadi harapan keluarga. Tapi tugas saya itu beratlah untuk 'guide' bimbing dia, untuk 'support' (sokong) dia, bagi dorongan tunjuk mana betul dan mana sal@h, apa yang boleh buat dan apa yang tidak. Itulah tugas saya.
"Kadang-kadang orang boleh cakap, saya 'mempergunakan' anak. Pasal dia tak duduk dalam situasi saya. Cuba kalau dia duduk situ dan anaknya jadi begitu. Ini anak saya bukan anak dia. Hak saya untuk buat apa pun," tuturnya dimana dia tetap mementingkan pelajaran dan pendidikan agama anaknya terjaga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment