"Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpahi dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimb@h dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan. Dengan cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pem£cah kesunyian."
Demikian ujar pelakon dan pengacara Fizo Omar, 40, dimana dia dan isterinya, Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi, sekali gus melengkapkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina itu.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, menerusi hantaran video di media sosial, berkata, dia percaya setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezeki masing-masing.
Klik untuk gambar besar
"Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak sal@h firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini. Walau ada rint@ngan, di waktu kes£mpitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini," tulisnya lagi.
Untuk makluman, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda, 3 dan Wan Umaira, 2 tahun.
Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim, namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan dengan Mawar, Fizo dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 8 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment