25 February 2025

YAYASAN RI MILIK RIZALMAN IBRAHIM REALISASI HASRAT PENDUDUK DI TAMAN MERBAU JAYA MILIKI SEBUAH SURAU



"Alhamdulillah, saya hanya melaksanakan amanah para penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan surau ini. Semoga Surau Ar Rijal ini akan memberi manfaat yang besar kepada jemaah di sini."
Itulah kata bekas pereka fesyen tersohor negara, Rizalman Ibrahim dimana yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI) miliknya terus aktif dalam memperkukuh pembangunan agama di negara ini dengan menyalurkan bantuan serta dana kepada mereka yang memerlukan.

Sejak penubuhannya, Rizalman selaku pengasasnya berkata, dia bersama pasukannya menjelajah ke seluruh negara bagi mengenal pasti kumpulan sasaran yang layak menerima bantuan.

Terbaharu, Yayasan RI menyalurkan dana RM1.2 juta bagi merealisasikan hasrat dan keinginan penduduk di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang memiliki sebuah surau untuk kegunaan penduduk.

Ujarnya, persetujuan Yayasan RI untuk membiayai pembinaan Surau Ar Rijal bertitik tolak pada matlamat yayasan itu memperkasakan ideologi dan semangat masyarakat Islam.

Jelas Rizalman lagi, Yayasan RI juga sentiasa ke hadapan untuk menghulur bantuan kepada khalayak yang memerlukan dalam kerja-kerja pembangunan Islam.

Tambahnya, dorongan Yayasan RI untuk membiayai pembinaan surau berkenaan juga sebagai kesinambungan pada kerja-kerja kebajikan hasil sumbangan orang ramai ke tabung yayasan.

Rizalman yang hadir pada majlis penyampaian replika cek RM1.2 juta kepada Pengerusi Surau Ar Rijal, Saifulbahri Pabillah baru-baru ini, memaklumkan, surau Ar Rijal dua tingkat yang bakal dibina itu boleh menampung 380 jemaah pada satu-satu masa dijangka siap dibina menjelang November depan.

Sementara itu, Saifullah berkata, seluruh jemaah di Taman Merbau Jaya, sangat bersyukur dengan sumbangan besar Rizalman melalui Yayasan RI bagi menampung pembinaan surau di taman perumahan berkenaan.

Katanya, sebelum ini, pelbagai usaha dilakukan penduduk di kawasan berkenaan bagi mendapatkan dana dan hanya mampu mengutip sekitar RM200,000 pada tahun 2023.

Hasrat penduduk di taman perumahan itu mendapat perhatian Yayasan RI ketika berg£lut berhadapan cab@ran bagi mendapatkan dana yang mencukupi.

"Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa bersyukurnya kami apabila Yayasan RI bersetuju untuk membantu kami membiayai pembinaan Surau Ar Rijal. Ia memberi makna yang cukup besar buat kami di Taman Merbau Jaya," kata Saifulbahri.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rizalman Ibrahim Group of Companies dan pemegang amanah Yayasan RI, Faizul Surani; Ketua Pegawai Operasi Yayasan RI, Farhana Mizei dan Ketua Pegawai Operasi Dar Al-Qari Resources, Jailani Jantan.

Tutur Saifulbahri, surau berkenaan amat diperlukan di Taman Merbau Jaya untuk memudahkan penduduk melaksanakan solat secara berjemaah.

Bahkan, dalam masa sama tertentu khususnya ketika berlaku kem@tian, surau sedemikian juga diperlukan bagi pengurusan jenazah, selain akan dijadikan pusat menimba ilmu seperti yang disarankan oleh Yayasan RI.

Sementara itu, Jailani pula berkata, apabila siap dibina kelak, Surau Ar Rijal akan berfungsi sebagai pusat sehenti kepada jemaah di Taman Merbau Jaya melaksanakan ibadah.

"Kami akan membantu pentadbiran Surau Ar Rijal dalam kerja-kerja mengimarahkan Surau Ar Rijal apabila ia siap kelak. Sebolehnya, kita mahu di surau ini, boleh dilaksanakan segala aktiviti untuk semua lapisan jemaah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: