Baru-baru ini, timbul sp£kulasi yang mendakwa ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita sudah kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang didakwa abang kepada seorang pelakon wanita.
Berhubung dakwaan itu, isteri Aliff, Datin Seri Shahida Mohd Rashid bagaimanapun enggan mengulas mengenai status ibu mentuanya itu kerana dia hanyalah menantu dan tidak layak untuk memberikan sebarang kenyataan.
"Kalau boleh, biarlah tuan badan sendiri (ibu mentua) yang buka cerita. Sebenarnya saya tak mahu ulas mengenai hal ini kerana ia adalah soal hal peribadi.
"Saya tak menidakkan atau mengiyakan. Kalau boleh biar tuan badan sendiri (ibu mentua) yang membuka cerita. Saya rasa tak layak untuk bercerita soal ini kerana saya hanya menantu.
"Saya tak boleh bercakap banyak kerana isu ini sangat s£nsitif," ujar Shahida yang turut berkata, dia tumpang gembira sekiranya berita perkahwinan ibu mentuanya dengan lelaki yang didakwa abang kepada seorang pelakon wanita itu benar.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, sp£kulasi timbul apabila muncul seorang lelaki ketika Rozita sedang melakukan siaran langsung di laman sosial, mempr0mosikan pr0duknya.
Hantaran itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya dan ramai netizen mula mengucapkan tahniah.
Lebih menguatkan lagi sp£kulasi apabila pelakon wanita yang didakwa adik lelaki itu turut meninggalkan komen.
"Assalamualaikum kakak iparku," tulisnya pada hantaran itu sebelum ia dipadam oleh Rozita.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment