Takziah diucapkan kepada keluarga komposer dan pemuzik, Zul Mahat, 64, atas pemergiannya yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, malam tadi akib@t jangk1tan kum@n di paru-paru.
Berita sedih itu disampaikan anak saudaranya kepada teman rapat komposer terbabit, Rosnah Abdul Aziz.
Pada penghujung Disember lalu, Allahyarham dimasukkan ke PPUM selepas terj@tuh semasa membuat rawatan dialisis di sebuah pusat dialisis di Subang Jaya.
Klik untuk gambar besar
Allahyarham dirawat selama hampir sebulan di hospital berkenaan dan turut menjalani pros£dur angi0gram.
Kemudian, doktor mendapati ada dua saluran dar@h tersumb@t dan memasukkan stent bertujuan menstabilkan keadaannya.
Selepas dibenarkan keluar dari hospital pada penghujung Januari, Allahyarham kemudiannya dimasukkan semula ke PPUM pada 17 Februari lalu akib@t jangk1tan kum@n di paru-paru.
Sepanjang kariernya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu-lagu untuk artis tanah air antaranya 'Perjalanan Duka' nyanyian Min Malik, 'Sahabat' (Fauziah Latiff) dan 'S£sat Dalam Gelita' (Spider).
Sebagai pemain keyboard, Zul Mahat juga banyak terbabit dengan kerja-kerja rakaman album Datuk M Nasir, Search dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment