Kira-kira pukul 9 pagi Sabtu, jenazah isteri usahawan dan pemp£ngaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura atau nama Islamnya, Aishah Bt Abdullah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya, Selangor.
Dianggarkan seramai 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Akiko yang sebelum itu jenazahnya disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya, Selangor.
Dalam majlis pengebumian itu, Ridzuan dan anak lelaki tunggal iaitu Sky Taizo Okumura juga bersama-sama bantu menguruskan jenazah Allahyarham Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun.
Malah, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, turut meletakkan bunga ros merah di atas pusara Allahyarham isterinya sebagai 'hadiah' terakhir.
Klik untuk gambar besar
Malah kehadiran aktivis, Ebit Lew yang memberikan khutbah selepas jenazah dikebumikan itu juga menjadi tumpuan.
Pada Jumaat, Ridzuan menerusi sebuah hantaran di media sosial memaklumkan berita sedih dimana isterinya telah dijemput Ilahi, namun punca kem@tian tidak dikongsikan keluarga arwah.
Sementara itu, Ridzuan meluahkan rasa ral@t apabila tidak dapat memenuhi permintaan Allahyarham isterinya sebelum meninggal dunia pada Jumaat, dimana arwah Akiko ada mengajaknya ke pasar raya membeli barang dapur bagi persiapan bulan Ramadan, namun ia tidak kesampaian.
"Setiap kali tibanya Ramadan arwah pasti akan masak juadah untuk sahur dan berbuka puasa. Sebenarnya sebelum pemergiannya, dia ada ajak saya pergi beli barang dapur untuk dia masak sepanjang Ramadan ini.
"Tapi niatnya itu tidak kesampaian... Nantilah saya cerita dalam video live nanti," tuturnya yang berkongsi perkara itu sejurus selepas selesai majlis pengebumian Allahyarham isterinya di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Ridzuan yang masih suk@r menerima hakikat pemergian isteri tercinta itu tidak mampu mengulas lanjut mengenai pemergian Akiko yang menjadi tanda tanya orang ramai, namun akan berkongsi mengenai perkara tersebut apabila tiba masa sesuai kelak.
"Saya nak cakap banyak pun tak boleh sekarang, rasa sedih sangat sampai tak boleh nak bercakap. Sampai masa nanti saya akan cerita daripada awal hingga akhir apa yang berlaku. Beri saya masa dan ruang terlebih dahulu," ujarnya.
Untuk makluman, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment