"Saya tak rasa apa-apa pun. Apa yang diperkatakan adalah perkara tidak berasas. Selagi benda belum jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya pun tak fikir nak ambil tind@kan terhadap orang yang bercakap. Mulut orang kita tak boleh nak tutup."
Demikian kata pelakon Uqasha Senrose dimana dia enggan mengambil pusing dakwaan rumah tangganya dengan pelakon Kamal Adli kini sedang dilanda mas@lah.
Dalam pada itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, men£gaskan hubungannya dan Kamal masih dalam keadaan baik, sekali gus menolak dakwaan kononnya hadir ke mahkamah syariah baru-baru ini kerana wujud mas@lah antara mereka.
"Kalau saya ke mahkamah mestilah ada nama saya di sana. Kalau betul ada berilah bukti. Mahkamah mana? Saya nafikan dakwaan itu sepenuhnya. Selagi boleh, kami mahu jaga sebaik-baiknya rumah tangga ini," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, ulas Uqasha lagi, dia tiada keperluan untuk berkongsi kemesraannya bersama suami kepada khalayak di media sosial.
"Dalam rumah tangga ini tidak semua indah belaka. Tak kan saya nak ceritakan hal dalam kain. Perlu ke saya kongsi gambar untuk menunjukkan masih bersama Kamal? Saya tak perlu buat semua itu untuk puaskan hati semua orang," ujarnya.
Untuk makluman, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment