"Mereka (Syafiq Kyle dan Mimi Lana) bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping.
"Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian."
Itulah kata sumber yang dipetik menerusi Harian Metro, dimana maklumnya, pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana bakal mengadakan majlis pernikahan mereka di kampung halaman pihak peremuan di Taiping, Perak.
Klik untuk gambar besar
Namun apa yang lebih menguatkan lagi sp£kulasi tersebut, pasangan itu menerusi laman sosial mereka ada memuat naik foto memaparkan tangan bersama cincin serta foto mesra berdua.
Selain itu, menerusi laman sosial ibu Syafiq pula iaitu Rohaya Sulaiman turut dilihat memberi bayangan terdapat sesuatu yang bakal berlaku : "Semoga Allah permudahkan segala urusan kami."
Pelakon 'One Cent Thi£f' itu sebelum ini dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Pasangan itu bagaimanapun tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, sebaliknya mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment