"Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy..🥺🥺 Berbahagialah adik Rees di sana..
"Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy...🥺🥺🥺 Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini.. Beri aku kekuatan ya Allah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻."
Demikian tulis suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak negara iaitu Zaquan Adha dimana dia meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia ketika tidur dua hari lalu.
Untuk makluman, jenazah bayi berusia 6 bulan itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi, Rabu.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment