14 February 2025

"ALHAMDULILLAH..."- SYAFIQ KYLE KINI SAH SUAMI MIMI LANA



Tahniah diucapkan kepada pelakon Syafiq Kyle yang kini telah sah bergelar suami kepada pelakon Mimi Lana selepas selamat disatukan di sebuah ruang acara di Taiping, Perak pada petang Jumaat.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Syafiq dengan berkongsikan sekitar pernikahannya bersama Lana, serta meluahkan rasa syukur majlis tersebut berjalan lancar.

"Alhamdulillah, berkahwin pada Jumaat yang berkat 🤍," tulis Syafiq yang turut menyertakan tanda pagar 'skmlfoundthedate', serta menerima kata-kata pat@h hati dan kec£wa daripada peminatnya yang seakan tidak percaya pelakon kesayangan mereka itu sudah bernikah.

Klik untuk gambar besar

Malah, ada juga yang menyangka perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon 'One Cent Thi£f' itu hanyalah sekadar gim1k untuk drama terbaharu mereka.

Melihat pada perkongsian gambar, pasangan ini dilihat bagai pinang dibelah dua apabila sedondon mengenakan busana pengantin serba putih ketika berada di atas pelamin.
Sebelum ini, khabar angin pernikahan Syafiq dan Mimi mula jadi bualan kerana kedua-duanya memuat naik gambar cincin seolah memberi bayangan bakal bernikah.

Pasangan ini pernah membatalkan majlis pernikahan mereka seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: