"Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi," jelas pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 31, yang berkata, dia tiada niat merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan umum, sebaliknya enggan menghebahkan perkara belum pasti.
Pada Rabu lalu, Fikry telah meng£jutkan ramai pihak apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati bernama Khalizah Alihan, 37, dimana dia pernah terbabit dalam dunia hiburan dan menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.
Disamping itu, Fikry juga turut menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia 'terpaksa berkahwin' susulan riak wajahnya yang tidak ceria di majlis pernikahannya, baru-baru ini.
Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, tampil menafikan dirinya tidak bahagia sebaliknya berfikir mengenai tanggungjawab yang akan dipikul sebagai suami dan anak kelak.
Tambahnya lagi, ketika itu banyak perkara yang difikirkan kerana melangkah ke fasa yang menuntutnya memikul tanggungjawab besar selaku suami.
Klik untuk gambar besar
"Tanggungjawab dia besar dan kena adil. Saya ada seorang ibu dan seorang isteri. Sekarang ini adil itu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya ya," ujarnya.
Dalam pada itu, Fikry turut memberitahu, dia terhut@ng budi dengan isterinya yang sudi menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana sekarang ini dia sedang menjaga ibu di Kedah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment