"Mestilah ada yang menjauhkan diri. Apabila Allah memberikan ujian kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan kita daripada dia, masa itulah dia pergi.
"Saya fikir p0sitif saja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya," ujar pelakon Rozita Che Wan, 52, dimana dia mengaku kontr0versi hut@ng Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengakib@tkan ada dalam kalangan rakan menjauhkan diri.
Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, perkara itu bukan sesuatu yang meng£jutkan, sebaliknya menyifatkan Allah menunjukkan kebenaran.
Che Ta bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu dimaksudkan, selain juga mendedahkan dia sudah bebas hut@ng kecuali pinjaman perumahan.
"Alhamdulillah semua dah selesai. Sudah tiada apa-apa (kaitan). Cuma saya masih ada hut@ng rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tidak boleh mengelak dengan komitmen seperti itu," tutur ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tind@kan yang berdiam diri sejak isu terbabit hangat diperkatakan, Che Ta menjelaskan, kematangan membuatkannya lebih memahami cara untuk menangani setiap isu.
"Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada mas@lah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri. Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.
"Apabila berhadapan dengan benda begini, Mereka tertanya-tanya bagaimana saya boleh setenang ini. Saya hanya mampu cakap, setiap mas@lah akan ada masa untuk dia berakhir. Allah takkan turunkan ujian itu kalau kita sebagai hamba ini tak dapat nak menanganinya. Saya percaya Allah akan selalu ada," katanya.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor dis£rbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gag@l melunaskan pinj@man bernilai hampir RM1 juta.
Bagaimanapun isteri kepada pelakon Zaib Saidin ini dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment