15 February 2025

TAHNIAH - SITI SALEHA SELAMAT KEMBALI BERGELAR ISTERI, KINI MILIK JOSHUA FITTON



"Alhamdulillah, saya sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri. Saya memilih Joshua sebagai suami kerana kami memiliki banyak persamaan dan sama-sama berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

"Saya juga berdoa semoga perkahwinan kali kedua ini diberkati Tuhan dan kekal hingga ke jannah," tutur pelakon Siti Saleha, 35, yang meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan kali keduanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya seperti direncanakan.

Pada jam 9 pagi, hari ini, Saleha atau nama penunya, Saleha Mohd Baharum kini sudah selamat bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton, 38, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di pusat peranginan di sini.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu menyaksikan Saleha dan pasangannya itu dinikahkan oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.

Klik untuk gambar besar

Dalam majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan lima dulang dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan. Manakala, jumlah mas kahwin dan wang hantaran pula dirahsiakan.

Selepas majlis pernikahan bertemakan rona putih pada sebelah pagi yang dihadiri seramai 40 tetamu yang juga ahli keluarga terdekat dan teman rapat, acara itu diteruskan lagi dengan majlis resepsi sebelah pihak perempuan pula pada jam 12 tengah hari.

Sementara itu, bagi majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung minggu hadapan secara besar-besaran di negeri kelahiran Joshua iaitu Melaka dengan bertemakan majlis perkahwinan Jawa.
Pada Disember 2022, pemenang Bintang Asia Terbaik-Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 menerusi Drama original Tonton berjudul 'SeOfis' itu secara terbuka memperkenalkan Joshua yang juga seorang pereka fesyen kepada umum.

Kemudian, Saleha yang juga pelakon drama '7 Hari Mencintaiku' itu berkongsi berita gembira dimana mereka sudah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: