21 February 2025

DIRAIKAN DALAM 'BACHELORETTE PARTY' - EYKA FARHANA BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANG TIDAK LAMA LAGI?



Baru-baru ini, pelakon Eyka Farhana, 30, telah diraikan dalam satu acara iaitu 'bachelorette party' bersama beberapa rakan-rakan artis.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh pengacara Yaya Zahir itu seolah-olah memberi gambaran Eyka bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi apabila dilihat memakai selempang bertulis 'bride to be'.

"Malam yang menyeronokkan meraikan rakan kami, Eyka," tulis Yaya atau nama sebenarnya, Zuhairah Zahir, 34, yang meluahkan rasa teruja apabila dia berpeluang bersama-sama meraikan pelakon itu menjelang hari bahagia.

Klik untuk gambar besar

Selain Yaya, rakan artis termasuk Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Puteri Aishah dan Alicia Amin antara yang dilihat bersama-sama pelakon itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat sudah tidak sabar menunggu hari bahagia Eyka, selain memuji kecantikan rakan-rakan artis pelakon itu.

Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan, dia sudah bergelar tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid, 26.
Eyka berkongsi berita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.

Menerusi salah satu foto yang dikongsi di media sosial, ia memperlihatkan sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka.

Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020. Eyka sebelum ini menafikan dia sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: