"Saya tak harap permohonan maaf dari dia (Imran Bard). Video itu nampak dia macam tak ikhlas. Dia yang buat content a1bkan nama saya. Jadi kenapa perlu saya jumpa dia dan bertanya? Lebih baik saya jumpa ibu bapa dia.
"Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang s@kit elok untuk pergi ziarah. Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf."
Itulah kata pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty, 54, dimana dia t£gas dengan pendiriannya mahu ibu bapa kepada pemp£ngaruh media sosial, Imran Bard untuk tampil memohon maaf.
Ujar Ellie, dia enggan menerima permohonan maaf daripada Imran yang dimuat naik di video kerana dilihat seperti tidak ikhlas, sebaliknya sanggup datang ke hospital seperti yang dimaklumkan oleh pemp£ngaruh itu bahawa ibunya kini sedang berada di wad.
Klik untuk gambar besar
"Orang kutvk dan m@ki tapi mereka tak duduk dalam situasi saya. Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna tema parodi jika tidak faham maksud," tutur Ellie yang juga menyedari timbul pelbagai tanggapan daripada netizen selepas dia tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap video dimuat naik Imran itu.
Sebelum ini, menerusi video yang dimuat naik, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlar@ng.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment